Friday, April 1, 2011

SENDIRI LAGI...

                                                       Permata hatiku aliya dan luqman

3/4/2011
Salam Sayang untuk Aliya dan Luqman.....
Sayang pada tarikh ni papa akan outstation lagi selama seminggu, mama tahu aliya dan luqman akan sentiasa rindu kat papa. Tapi apa nak buat atas urusan kerja papa akan ke australia untuk seminggu dan seperti biasa abang luqman akan bertanya setiap kali nak tido "mama, papa mane", dan mama dengan sedih menjawab "papa keje, nanti papa balik yer sayang". Itulah soalan abang luqman akan tanyer sampai la papa betul-betul ada depan mata. Dan lepas tidokan aliya dan luqman mama akan duduk sorang-sorang memikirkan betapa rindunya kita semua kat papa apabila dia tiada disisi.
Papa, mama harap oustation papa kali ini akan baik hendaknya dan pulang secepat mungkin untuk mengubat rindu mama, aliya dan abang luqman. Australia akan sentiasa menjadi destinasi yang akan mengimbau kenangan kita semasa honeymoon dulu. Suatu hari nanti luqman akan balik kampung (place that showed our love been prove) dan menyaksikan tempat kita bersama 5 tahun lepas.
Oklah setakat ini buat kali ini, ada masa nanti mama akan coretkan lagi buat insan-insan tersayang.

No comments:

Post a Comment