Wednesday, January 4, 2012

MENJELANG 2012

Salam tahun baru untuk semua terutama sekali untuk papa, luqman, aliya dan hakim...

2011 telah melabuhkan tirai beberapa hari yang lepas meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam hidupku. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang aku rancangkan. Kini umur setiap anak-anak mama dah meningkat dan mama berharap kalian akan bertambah matang untuk mengharungi kehidupan yang lebih mencabar pada tahun 2012. Mama dan papa berusaha keras untuk membina satu cabang business untuk keluarga kita. Mama dan papa lakukan semua ini untuk luqman, aliya dan hakim.
Tanggal 3/1/2012 abang luqman memulakan aktiviti persekolahan setelah puas bercuti. Tidak ketinggalan aliya juga turut serta memasukki alam persekolahan. Mama harap ini keputusan terbaik yang mama pilih walaupun luqman dan aliya tidak mengerti buat masa ini. Tetapi suatu hari nanti kalian pasti mengerti.
Melihat telatah abang luqman dan aliya membuatkan mama dan papa tersentuh....
Bahagianya melihat abang dan aliya bermain keriangan di dalam kelas semalam. Dan pagi ini abang memimpin tangan aliya untuk masuk ke kelas tanpa perlu mama menghantar ke muka pintu lagi. Abang dah semakin matured.
Air mata ini menitis melihat keperibadian abang luqman menjaga aliya. Terima kasih abang.... Mama harap tanggungjawab ini abang akan galas sampai bila-bila kerna mama mungkin tiada disisi anak-anak mama suatu hari nanti. Mama sayangkan korang semua lebih dari nyawa mama sendiri....
Papa, mama harap apa yang kita usahakan ini akan membuahkan hasil suatu hari nanti.... InsyaAllah

Salam Sayang dari Mama...