Thursday, March 31, 2011

KARENAH LUQMAN

Salam dari mama untuk luqman sayang...
Hari jumaat lepas luqman kena demam dicampur cirit-birit dan muntah yang agak mengerikan. Bangun jer hari sabtu 25/3/2011 terus luqman muntah habis satu katil...huhuu.. Mama yang agak kurang sihat dengan selsemanya bangun terus angkat luqman masuk bilik air dan luqman pun nangis kuat...marah agaknya...kalau la papa ada skrg mungkin papa akan tolong mama settle kan muntah abang luqman. Aliya pun terkejut bangun dengar abang luqman meraung. settle je katil yang abang muntah tadi mama terus siapkan abang sambil diperhatikan aliya dengan muka ngantuk. Mama pun cakap " abang, aliya jap lagi kita nak balik kampung jumpa papa, tuk, wan, mak ta, pak su, memba( ini panggilan motor)". Abang luqman pun nampak ceria jer...
Tepat 9.09 pagi, mama, luqman, aliya dan kakak(maid) bertolak menuju ke kampung. Dalam perjalanan abang muncung jer mungkin sebab tak sihat dan aliya di pangkuan kakak. Baru jer masuk highway plus abang mun buekkk...buekk..alamak abang muntah. Dengan pantas mama terus exit perhentian rawang. Ramai plak yg beratur utk ke perhentian dan memandang kan abang dah ngangis meraung mama pun terus berhenti jer di bahu jalan. Nasib baik ada kain batik, so boleh la digunakan untuk settle kan muntah abang. Selesai jer, kita pun teruskan perjalanan. Sampai di Ipoh, abang luqman muntah lagi, alamak ini lagi mencemaskan sebab takder perhentian kat sini so terpaksa la teruskan perjalanan sampai ke sungai perak. Sampai disitu, mama sekali lagi meneruskan kerja-kerja pembersihan. Agak penat ketika itu sebab tiada yang membantu....terus ma teringat kalau la papa ada....
Perjalanan diteruskan dalam keadaan hujan lebat menyukarkan pemanduan. Mama kuatkan semangat dan teruskan fokus untuk sampai secepat mungkin dan abang tido keletihan. Kesian ma tengok, tapi ma buat-buat tak tahu sebab nak biar abang tido lena sebelum sampai kampung. Dalam perjalanan, setibanya di taiping abang sekali lagi buekk... Mama dah panik sebab hujan lebat dan perhentian susah nak berhenti. Mama teruskan perjalanan sambil pujuk abang dan aliya masih tido di pangkuan kakak sejuk agaknya. Alhamdulillah tak meragam plak dia kali ni..
Tepat jam 12.15 tghari kita sampai kampung. Mama rasa lega dan bersyukur kita selamat sampai. Abang luqman yang keletihan disambut girang oleh tok dan tok wan begitu jugak dengan mak ta. Mama merehatkan tubuh setelah penat memandu dan melayan karenah abang luqman.... Tanpa disedari mama terlelap seketika. Satu hari mama jalan macam nenek kebayan sebab pinggang dah rasa nak tercabut. Apa pun ma suka tengok gelagat abang luqman dan aliya samping tok dan tok wan. Malam tu papa pun tiba dengan mak chaq, alangkah gembira abang luqman menyambut papa dan aliya pun tak ketinggalan. Inilah saat yang dinantikan, mama akan ingat setiap moment kita sekeluarga. LOVE U ALL VERY MUCH and to papa I MISS U SO MUCH....