Wednesday, February 29, 2012

PERMATA HATI MAMA

Salam Sayang dari mama untuk semua permata hati mama...
Harini mama takde apa nak cerita just mama nak beritahu yang abang luqman, aliya dan hakim adalah nyawa mama... Mama sayang sangat-sangat kat anak-anak mama...

Monday, February 13, 2012

Hari Yang Menyedihkan....

Salam Sayang Untuk Anak-Anak Mama...
Semalam mama and papa gaduh...Dah lama rasanya kami tak gaduh, tapi entah kenapa semalam kami bergaduh walaupun sebenarnya hal tu kecil jer...
Mungkin kerna mama dah penat melayan karenah semua org menyebabkan ma hilang sabar, lalu terus beredar dari majlis perkahwinan sebelah saudara papa. Mama dah cuba menahan kemarahan ini, tapi apa yang papa buat memang menggugat kesabaran mama. Papa bleh marah mama tak tentu pasal padahal ma dah cuba jauhkan diri dari keadaan yang membuat mama bertambah marah tapi papa sengaja cari pasal dengan menghantar mesej yang mama tak boleh terima. Rasa seperti mahu jer gi balik cari papa dalam majlis tu dan tanyer ape yang papa tak puas hati sangat!!!
Tapi demi anak-anak(luqman, aliya dan hakim) ma tahan hasrat mama tu....kalian memang selalu menjadi penawar mama sewaktu mama menangis dalam hati...
Hari ni papa cuba pujuk mama, sayangnya hati mama masih pedih untuk terima semudah tu.... Mama kuatkan semangat untuk tidak panjangkan hal ni. Ma tahu papa sayangkan mama tapi papa suka sakitkan hati mama.
Walau apapun InsyaAllah kejap lagi ok la hati ma ni, bukan apa mungkin ma perlu masa untuk rawat hati yang luka ni...
Ma harap nanti bila luqman, aliya dan hakim dah besar cubalah untuk tidak sakiti hati orang yang kita sayang dan hargailah insan yang pernah membahagiakan kita kerana mungkin kita akan kehilangannya disaat dia begitu kecewa dengan kita....Ma tahu anak-anak ma akan menjadi anak yang soleh dan solehah...amin