Tuesday, May 10, 2011

SERBA TAK KENA...

Salam Sayang dari mama untuk papa dan putera puteri mama tercinta....
Harini mama nak beritahu kenapa mama moody jer semalam. Balik dari office mama terus jumpa abang dan aliya. Abang dan aliya bersalaman dengan mama sambil cium pipi mama. Bahagianya bila anak-anak mama tahu menghargai mama. Alhamdulillah....
Pukul 7.00am mama pun memulakan aktiviti biasa....masak. Bibik bagitau abang satu hari tak makan. Entah kenapa dah lumrah sebagai ibu kalau tahu anaknya tak makan seharian, mama jadi sedih dan terus teringat favourite abang nasi goreng sardin...hhihiii
Mama pun siap masak jam 7.45pm dan tepat jam 7.50pm papa pun sampai. Kita makan bersama-sama jam  8.30pm. Tapi mama terkilan because abang tak makan jugak akhirnya tapi asyik buat perangai, tumpahkan nasi, tumpahkan air dan sepahkan keropok begitu jugak aliya. Habis berkecamuk meja dibuatnya. Mama memang tak suka tengok meja bersepah tapi aliya dan abang teruskan aktiviti menyepahkan lantai dan meja...eiii....geramnya...
Selepas selesai kemas mama pun duduk keletihan dan pinggang mama mula terasa sakit akibat duduk di office terlalu lama ditambah dengan usia kandungan yang semakin membesar. Papa dah mula perasan bila mam diam membisu, mungkin papa faham yang mama sedang keletihan melayan abang dan aliya.
Malam ma naik tido jam10.30pm. Terlena terus...zzzzzzzzzzzz
Pukul 3 pagi abang buat hal plak, menangis merengek seperti budak usia 3 bln padahal dan 3 tahun lebih.
Mama bangun buatkan susu walaupun mama sebenarnya sangat mengantuk yang tak terhingga. Tak cukup dengan itu, aliya dan luqman buat hal algi pada pagi hari waktu subuh...
Mama semakin tension....
Mama minta maaf pada semua kerana moody pagi-pagi terutama pada papa tersayang....