Tuesday, November 2, 2010

HaPPy BirtHdAY To ME....

1/11/2010 hari yang ditunggu-tunggu, aku dan orang-orang yang tersayang celebrate my birthday. First time in my life, sambut birthday dengan dua kek dalam satu masa. Thanks to my hubby and tak lupe to my sister and her hubby yang plan everything. Pandai yer korang plan.....:p..... Aku happy sangat bila ada orang tersayang disisi waktu begini. To all friend thanks for wishing and i love u all very much.
Bila dah sambut birthday teringat plak umur aku dah bertambah lagi...walaupun banyak lagi impian yang belum tercapai, tapi aku bersyukur kerna banyak jugak impian yang sudah tercapai. Misi mesti diteruskan, tahun baru akan tiba ak lama lagi jadi persiapan harus dibuat dengan rapi.
Karier, masih jauh untuk ku tempuh.....Harapan aku agar projek kedua akan dimaterai tak lama lagi.... InsyaAllah aku akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar dan mengikut plan asal.
Study dah nak sampai di penghujung dan tak lama lagi MBA akan berada didalam genggaman. Nak convo kat Malaysia  or Australia? Biar my hubby yang tentukan...

Wednesday, September 29, 2010

SuP TuLAnG....

Welcome back!!!
Sambutan birthday berjalan dengan lancar and happening. My hubby happy sangat senyum sampai teliga and malam tu aku dapat hadiah yg lagi best...... InsyaAllah tahun depan aku akan buat something more special than this. By the way, harini aku just nak story tentang sup tulang yang aku buat semalam. Semalam kat ofis ader buat jamuan raya, best giler. Semua member ofis bawak menu masing - masing and aku pun tak melepaskan peluang dengan menu rendang ayam. Alhamdulillah rendang aku habis jugak walau pada mula nyer aku takut jugak kalau-kalu member office nak suka rendang yang pedas sikit. So, bila sampai jer rumah petang semalam aku terfikir nak buat sup tulang. Nak dijadikan cerita, sup tulang aku semalam menjadi plak mungkin sebab happy jamuan raya membuatkan aku seronok masak masa tu maklumlah kawan-kawan puji rendang yang aku pun tak pasti sedap ke tak...
So, my son makan bertambah-tambah dibuat nyer. Seronok aku tengok my son makan and sekarang dia dah pandai cakap sedap, sedap, sedap(dgn gaya manja nyer). Tepat jam 9pm my hubby pun sampai, so aku pun temankan dia makan. Aku tanyer sedap ker? so dia cakap sedap(kembang la aku). Semangkuk aku letak, semangkuk lah dia habis kan.... Malam td kami melayari bahtera lebih awal....Sup Tulang, Sup Tulang, Sup Tulang...

Tuesday, September 21, 2010

HaPPy BiRthDAy

Esok birthday my hubby, so mlm ni we all celebrate. My hubby tak tahu yg aku dah plan something for him. Hoppefully tonight dia akan mengingati hari pertama our "date" dulu. My hubby seorang yang pendiam tapi sekali senyum cair....(over la plak).
By the way, aku pun rasa nervous jugak because dah lama tak gi tempat tu, tapi aku dah plan this time mesti celebrate kat situ. Masa first time kuar date memang my hubby ajak aku masa birthday dia, konon dia tak tahu nak celebrate dengan sape waktu tu(plan baik punyer?...) So aku pun on jerlah memandangkan atas urusan kerja tapi akhirnya aku tahu itu sebenarnye titik permulaan kami ada rasa, ada cinta antara satu sama lain.... Walaupun agak lama kenal tapi haritu adalah hari pertama kami kuar, tak sangka plak kisah ini berlanjutan sampai ke jinjang pelamin...(ehhh...dah melalut plak aku ni....)
Oklah, aku ade lagi tugasan yang belum selesai...
Sekian

Thursday, August 19, 2010

Bila Suami Isteri Bermasam Muka

Dalam mengharungi rumah tangga kadang-kadang kita cuba menjaga hati kedua pihak (parent and parent in law) tapi tanpa kita sedari ada hati yang terluka. Aku sendiri biasa bermasam muka dengan suami dek menjaga hati kedua ibu bapaku. Pernah satu hari aku berniat nak hilangkan diri buat seketika kerana terasa diri ini tak dihargai.....Tapi selepas semua penjelasan diberikan oleh hubby barulah aku faha yang selama ini aku terlalu memikirkan hal remeh temeh yang hubby aku tak perasan pun. Aku pernah emailkan coretan dibawah untuk tatapannya dan sekarang Alhamdulillah semuanya kembali seperti dulu malah lebih bahagia dari sebelum ni. So aku muatkan coretan ini agar sahabat semua dapat jadikannya sebagai panduan. Yang baik datang dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari kelemahan aku sendiri....


putera sulungku....

75 PETUA MENAWAN HATI ISTERI


Berikan dia perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya setiap hari.

Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dan peluklah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain.

Berikan dia hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

Berusahalah untuk memahami dan menyelesaikan masalahnya.

Latihlah diri anda untuk menjadi pendengar yang baik serta bertanya soalan yang berkaitan.

Rancanglah masa untuk bersamanya lebih kerap.

Jangan lupa untuk menelefon dia sekiranya anda terlewat dan pastikan dia memahami masalah anda.

Semasa perasaannya tersinggung, tunjukkan rasa simpati dan nyatakan kepadanya saya kasihan awak tersinggung. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya tetapi biarlah ia realistik.

Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

Akui perasaannya apabila dia merasa marah.

Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa keletihan dan penat.

Bila dia perlukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, berikan jawapan yang pasti. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia yakin dengan kecekapan anda mengurus.

Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang lewat dan perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, jelaskan padanya apakah perkara yang menggusarkan anda dengan cara yang baik dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu tidak timbul prasangka yang bukan-bukan.

Sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan, terutamanya jika dia keletihan. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, ketepikan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

Berikan dia lima kali pelukan setiap hari iaitu selepas solat. Himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang jika tidak berkesempatan.

Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan pastikan anda membelinya.

Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang anda bantu serta tawarkan bantuan dengan segera.

Maklumkan dia apabila anda hendak keluar atau pergi tidur.

Lafazkan Aku cinta padamu sekurang-kurangnya sekali sehari.

Letakkan pakaian yang sudah kotor ke bakul yang dikhaskan.

Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik. Sekurang-kurangnya katakan Aku cinta padamu.

Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah.

Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan tandas dan bilik tidur.

Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, bahu, tengkuk dan kakinya.

Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat anda berada.

Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima jika itu yang menjadai pilihannya dia suka.

Basuhkan kereta yang dipakainya sebaik pulang ke rumah.

Bila dia merasa marah kepada seseorang, adalah baik anda menyebelahi isteri anda. Selesaikan kemudian kalau anda tidak bersetuju dengan caranya itu.

Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada perkara lain, atau melihat jam.

Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya walaupun ia bukan bertujuan untuk jima.

Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai, tetapi jangan keterlaluan.

Bila anda memegang tangannya, berikan sedikit reaksi dan jangan terlalu kaku.

Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama atau sama warna.

Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai atau di tempat yang terbuka.

Ambil tahu apakah makanan atau minuman kegemarannya agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selagi tempat itu adalah tempat yang baik.

Cuba memahami bila dia lewat atau dia ada masalah lain.

Cadangkan beberapa restoran yang baik, dan berikan peluang untuk dia membuat pilihan.

Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel tetapi tidak mahal.

Letakkan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal untuk mereka contohi.

Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikannya dengan gambar baru bila tiba masanya.

Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain yang boleh dijahit kemudiannya.

Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang sangat romantik.

Biarlah anda yang memandu untuk perjalanan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju sehingga dia merasa bosan.

Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah laluan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti Awak nampaknya gembira hari ini atau Awak nampak letih dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-awam untuk dijadikan kenangan.

Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. Nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Umpamanya tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

Layanilah dia sebagaimana anda melayaninya semasa awal-awal dahulu.

Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta yang memujinya.

Solat dan berdoa bersama.

Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

Bila dia memasak, pujilah masakannya.

Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya, terutatamanya jika barang itu berat. Jika hendak berjalan, letak barangan di kereta.

Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini walau tidak berkaitan dengan anda.

Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

Pandanglah ke matanya. Sewaktu anda mendengar dia berkata-kata.

Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan sampai berat sebelah.

Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda perihatin padanya.

Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berbelah bahagi.

Belikan untuknya makanan kegemarannya.

Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda dan dirinya. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Wednesday, August 18, 2010

Salam Perkenalan

Hari ini merupakan hari yang istimewa buat Gee. Buat julung kalinyer Gee berjaya menyiapkan blog ini dengan bantuan insan yang bergelar sahabat. Hari ini Gee masukkan sedikit coretan mengenai " Petua Suami Isteri". Gee selalu nasihatkan diri ini agar sentiasa muhasabah diri untuk kebaikan sendiri dan kebahagian insan disekeliling kita..... Renung-renungkanlah....

PETUA SUAMI ISTERI

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4.. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5.. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing dan berak anak s eda ngkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. . Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.

Semoga tip ini berguna pada Gee dan semua insan yang bergelar suami atau isteri.