Thursday, August 19, 2010

Bila Suami Isteri Bermasam Muka

Dalam mengharungi rumah tangga kadang-kadang kita cuba menjaga hati kedua pihak (parent and parent in law) tapi tanpa kita sedari ada hati yang terluka. Aku sendiri biasa bermasam muka dengan suami dek menjaga hati kedua ibu bapaku. Pernah satu hari aku berniat nak hilangkan diri buat seketika kerana terasa diri ini tak dihargai.....Tapi selepas semua penjelasan diberikan oleh hubby barulah aku faha yang selama ini aku terlalu memikirkan hal remeh temeh yang hubby aku tak perasan pun. Aku pernah emailkan coretan dibawah untuk tatapannya dan sekarang Alhamdulillah semuanya kembali seperti dulu malah lebih bahagia dari sebelum ni. So aku muatkan coretan ini agar sahabat semua dapat jadikannya sebagai panduan. Yang baik datang dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari kelemahan aku sendiri....


putera sulungku....

75 PETUA MENAWAN HATI ISTERI


Berikan dia perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya setiap hari.

Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dan peluklah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain.

Berikan dia hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

Berusahalah untuk memahami dan menyelesaikan masalahnya.

Latihlah diri anda untuk menjadi pendengar yang baik serta bertanya soalan yang berkaitan.

Rancanglah masa untuk bersamanya lebih kerap.

Jangan lupa untuk menelefon dia sekiranya anda terlewat dan pastikan dia memahami masalah anda.

Semasa perasaannya tersinggung, tunjukkan rasa simpati dan nyatakan kepadanya saya kasihan awak tersinggung. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya tetapi biarlah ia realistik.

Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

Akui perasaannya apabila dia merasa marah.

Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa keletihan dan penat.

Bila dia perlukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, berikan jawapan yang pasti. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia yakin dengan kecekapan anda mengurus.

Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang lewat dan perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, jelaskan padanya apakah perkara yang menggusarkan anda dengan cara yang baik dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu tidak timbul prasangka yang bukan-bukan.

Sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan, terutamanya jika dia keletihan. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, ketepikan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

Berikan dia lima kali pelukan setiap hari iaitu selepas solat. Himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang jika tidak berkesempatan.

Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan pastikan anda membelinya.

Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang anda bantu serta tawarkan bantuan dengan segera.

Maklumkan dia apabila anda hendak keluar atau pergi tidur.

Lafazkan Aku cinta padamu sekurang-kurangnya sekali sehari.

Letakkan pakaian yang sudah kotor ke bakul yang dikhaskan.

Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik. Sekurang-kurangnya katakan Aku cinta padamu.

Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah.

Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan tandas dan bilik tidur.

Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, bahu, tengkuk dan kakinya.

Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat anda berada.

Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima jika itu yang menjadai pilihannya dia suka.

Basuhkan kereta yang dipakainya sebaik pulang ke rumah.

Bila dia merasa marah kepada seseorang, adalah baik anda menyebelahi isteri anda. Selesaikan kemudian kalau anda tidak bersetuju dengan caranya itu.

Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada perkara lain, atau melihat jam.

Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya walaupun ia bukan bertujuan untuk jima.

Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai, tetapi jangan keterlaluan.

Bila anda memegang tangannya, berikan sedikit reaksi dan jangan terlalu kaku.

Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama atau sama warna.

Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai atau di tempat yang terbuka.

Ambil tahu apakah makanan atau minuman kegemarannya agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selagi tempat itu adalah tempat yang baik.

Cuba memahami bila dia lewat atau dia ada masalah lain.

Cadangkan beberapa restoran yang baik, dan berikan peluang untuk dia membuat pilihan.

Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel tetapi tidak mahal.

Letakkan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal untuk mereka contohi.

Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikannya dengan gambar baru bila tiba masanya.

Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain yang boleh dijahit kemudiannya.

Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang sangat romantik.

Biarlah anda yang memandu untuk perjalanan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju sehingga dia merasa bosan.

Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah laluan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti Awak nampaknya gembira hari ini atau Awak nampak letih dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-awam untuk dijadikan kenangan.

Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. Nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Umpamanya tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

Layanilah dia sebagaimana anda melayaninya semasa awal-awal dahulu.

Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta yang memujinya.

Solat dan berdoa bersama.

Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

Bila dia memasak, pujilah masakannya.

Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya, terutatamanya jika barang itu berat. Jika hendak berjalan, letak barangan di kereta.

Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini walau tidak berkaitan dengan anda.

Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

Pandanglah ke matanya. Sewaktu anda mendengar dia berkata-kata.

Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan sampai berat sebelah.

Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda perihatin padanya.

Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berbelah bahagi.

Belikan untuknya makanan kegemarannya.

Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda dan dirinya. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

No comments:

Post a Comment