Thursday, April 19, 2012

AKU MESTI BUAT KEPUTUSAN...

Hari ini keputusan akan dibuat. Aku harus memilih antara satu, tiada dua atau tiga....
Aku sebenarnya masih keliru dengan keputusan yang akan aku ambil kerana ini untuk masa depan aku dan orang disekeliling aku. Hubby and my lovely kids selalu ada disamping aku. Cuma keputusan ini akan membuatkan aku kembali pada apa yang aku inginkan sebelum ini.
Memang sukar untuk membuat pilihan kerana aku takut tersalah pilih haluan. Tapi aku kena terima segala kesan dari keputusan ini. Aku harap tiada yang terluka diatas keputusan yang aku akan buat hari ini.
Apa aku akan jawab kepada orang yang sangat mengharapkan aku untuk perjalanan mereka....
Aku kaku untuk berdepan dengan mereka semua dan menyatakan yang aku akan tinggalkan mereka setelah aku beri mereka harapan....
Walau sejuta kali aku memohon maaf, entah akan diterima atau sebaliknya. Aku meminta pertunjuk dariNya walaupun aku tak layak untuk meminta apa-apa pun kerana aku hanya seorang hamba. Namun aku hanya ada Dia untuk memberiku pertunjuk. Ya Allah, aku mohon pertunjukMu...

Wednesday, February 29, 2012

PERMATA HATI MAMA

Salam Sayang dari mama untuk semua permata hati mama...
Harini mama takde apa nak cerita just mama nak beritahu yang abang luqman, aliya dan hakim adalah nyawa mama... Mama sayang sangat-sangat kat anak-anak mama...

Monday, February 13, 2012

Hari Yang Menyedihkan....

Salam Sayang Untuk Anak-Anak Mama...
Semalam mama and papa gaduh...Dah lama rasanya kami tak gaduh, tapi entah kenapa semalam kami bergaduh walaupun sebenarnya hal tu kecil jer...
Mungkin kerna mama dah penat melayan karenah semua org menyebabkan ma hilang sabar, lalu terus beredar dari majlis perkahwinan sebelah saudara papa. Mama dah cuba menahan kemarahan ini, tapi apa yang papa buat memang menggugat kesabaran mama. Papa bleh marah mama tak tentu pasal padahal ma dah cuba jauhkan diri dari keadaan yang membuat mama bertambah marah tapi papa sengaja cari pasal dengan menghantar mesej yang mama tak boleh terima. Rasa seperti mahu jer gi balik cari papa dalam majlis tu dan tanyer ape yang papa tak puas hati sangat!!!
Tapi demi anak-anak(luqman, aliya dan hakim) ma tahan hasrat mama tu....kalian memang selalu menjadi penawar mama sewaktu mama menangis dalam hati...
Hari ni papa cuba pujuk mama, sayangnya hati mama masih pedih untuk terima semudah tu.... Mama kuatkan semangat untuk tidak panjangkan hal ni. Ma tahu papa sayangkan mama tapi papa suka sakitkan hati mama.
Walau apapun InsyaAllah kejap lagi ok la hati ma ni, bukan apa mungkin ma perlu masa untuk rawat hati yang luka ni...
Ma harap nanti bila luqman, aliya dan hakim dah besar cubalah untuk tidak sakiti hati orang yang kita sayang dan hargailah insan yang pernah membahagiakan kita kerana mungkin kita akan kehilangannya disaat dia begitu kecewa dengan kita....Ma tahu anak-anak ma akan menjadi anak yang soleh dan solehah...amin

Wednesday, January 4, 2012

MENJELANG 2012

Salam tahun baru untuk semua terutama sekali untuk papa, luqman, aliya dan hakim...

2011 telah melabuhkan tirai beberapa hari yang lepas meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam hidupku. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang aku rancangkan. Kini umur setiap anak-anak mama dah meningkat dan mama berharap kalian akan bertambah matang untuk mengharungi kehidupan yang lebih mencabar pada tahun 2012. Mama dan papa berusaha keras untuk membina satu cabang business untuk keluarga kita. Mama dan papa lakukan semua ini untuk luqman, aliya dan hakim.
Tanggal 3/1/2012 abang luqman memulakan aktiviti persekolahan setelah puas bercuti. Tidak ketinggalan aliya juga turut serta memasukki alam persekolahan. Mama harap ini keputusan terbaik yang mama pilih walaupun luqman dan aliya tidak mengerti buat masa ini. Tetapi suatu hari nanti kalian pasti mengerti.
Melihat telatah abang luqman dan aliya membuatkan mama dan papa tersentuh....
Bahagianya melihat abang dan aliya bermain keriangan di dalam kelas semalam. Dan pagi ini abang memimpin tangan aliya untuk masuk ke kelas tanpa perlu mama menghantar ke muka pintu lagi. Abang dah semakin matured.
Air mata ini menitis melihat keperibadian abang luqman menjaga aliya. Terima kasih abang.... Mama harap tanggungjawab ini abang akan galas sampai bila-bila kerna mama mungkin tiada disisi anak-anak mama suatu hari nanti. Mama sayangkan korang semua lebih dari nyawa mama sendiri....
Papa, mama harap apa yang kita usahakan ini akan membuahkan hasil suatu hari nanti.... InsyaAllah

Salam Sayang dari Mama...

Monday, September 19, 2011

WAN HAKIM

Salam Sayang dari Mama untuk anak-anak Mama dan suami tercinta...
Setelah 2 bulan bercuti sekarang mama kembali bertugas. Berat rasa hati ini meninggalkan si comel. Abang mesti cari mama kan bila balik school tadi dan Aliya terus bertanya "mana mama...". Sedih bila difikirkan. Abang dan Aliya kena jaga Hakim yer bila mama tiada.
Semoga kalian dapat memahami situasi mama yang sebenarnya tak sanggup nak tinggalkan kalian pada bibik tapi apakan daya....
Love u all forever...

Wednesday, July 6, 2011

ORANG BARU...

Salam Sayang dari Mama untuk Papa, Luqman dan Aliya...

Tak lama lagi rumah kita kan tambah serinya dengan kehadiran adik luqman dan aliya. Sebenarnya mungkin terlalu awal untuk aliya dan luqman menerima adik baru tapi mama yakin aliya dan luqman mesti suka sebab makin bertambah lagi anggota keluarga kita. Mama berdoa proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar. Mama akan sentiasa pastikan putera dan puteri mama bahagia sampai bila-bila. Untuk papa, dengan kelahiran orang baru dalam rumah kita mama harap papa akan lebih gembira dan anggaplah ini hadiah dari mama untuk papa. Memandangkan rumah kita sekarang hanya ada empat bilik, so mungkin kita perlu rumah baru yang ada lima atau enam bilik (baru cukup sorang satu untuk luqman, aliya dan baby)....hihii
Apapun mama bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang....Alhamdulillah.... Semoga Allat swt murahkan rezeki kita sekeluarga....
So, mama nak luqman akan bertambah matang untuk mejaga adik-adik luqman yang akan menjadikan abang luqman sebagai roll model diorang. Mama sayang sangat-sangat keluarga kita....Muah...

Tuesday, June 14, 2011

First Day At Kindergarden....

Salam Sayang dari mama untuk papa, abang luqman, aliyak lama dan baby yg akan lahir tak lama lagi....

Tanggal 13/6/2011 abang luqman masuk school. Bangun diawal pagi, mama dah siapkan semua barang-barang untuk abang luqman. Mama dengan papa sengaja mengambil cuti untuk temankan abang di school. Aliya kehairanan bila mama bawak abang sekali di waktu pagi kerana biasanya mama akan tinggalkan korang berdua untuk ke tempat keje. Sampai jer di school, abang terus berlari masuk tanpa menghiraukan mama dan papa(mungkin sebab abang dah tahu ma cuti hrni). Mama tersenyum melihat telatah abang dan turut serta memasuki kelas abang. Abang menari-nari keriangan berjumpa kawan-kawan dekat school. Di dalam kelas abang begitu aktif sampai teacher pun tergelak-gelak melihat aksi abang - memang sejak dari lahir abang ni suka menghiburkan hati siapa sahaja yang ada disekeliling abang....
Tepat jam 12.00pm, semua dibenarkan balik begitu juga abang. Abang keriangan balik mencari aliya rindu agaknya. Setelah 15 min berjoget-joget, abang akhirnya terlena mungkin keletihan di kelas tadi, sementara menunggu papa mandi mama pun terlena.
Hari ini adalah hari yang paling bermakna buat mama.... Love U very-very much