Thursday, April 19, 2012

AKU MESTI BUAT KEPUTUSAN...

Hari ini keputusan akan dibuat. Aku harus memilih antara satu, tiada dua atau tiga....
Aku sebenarnya masih keliru dengan keputusan yang akan aku ambil kerana ini untuk masa depan aku dan orang disekeliling aku. Hubby and my lovely kids selalu ada disamping aku. Cuma keputusan ini akan membuatkan aku kembali pada apa yang aku inginkan sebelum ini.
Memang sukar untuk membuat pilihan kerana aku takut tersalah pilih haluan. Tapi aku kena terima segala kesan dari keputusan ini. Aku harap tiada yang terluka diatas keputusan yang aku akan buat hari ini.
Apa aku akan jawab kepada orang yang sangat mengharapkan aku untuk perjalanan mereka....
Aku kaku untuk berdepan dengan mereka semua dan menyatakan yang aku akan tinggalkan mereka setelah aku beri mereka harapan....
Walau sejuta kali aku memohon maaf, entah akan diterima atau sebaliknya. Aku meminta pertunjuk dariNya walaupun aku tak layak untuk meminta apa-apa pun kerana aku hanya seorang hamba. Namun aku hanya ada Dia untuk memberiku pertunjuk. Ya Allah, aku mohon pertunjukMu...