Wednesday, April 20, 2011

NaNAk MamA PapA Gi KeJE...

Salam Sayang untuk Ailya Dan Abang Luqman

Setiap pagi mama dan papa akan bawa aliya dan abang luqman gi beli breakfast. Aliya suka makan nasi lemak dan abang luqman suka cucur kodok(pisang) atau donat inti sosej. Comel sangat abang makan sampai tak sempat sampai rumah. Pastu papa bising sebab abang suka pegang seluar papa masa makan donat yang berminyak..hihiii...sory papa ma pecahkan rahsia papa...
Selepas beli breakfast macam biasa mama papa akan cium putera dan puteri tersayang. Dan abang pun akan kata "nanak mama papa gi keje" sambil menarik tangan mama suruh duduk. Abang sebenarnya kalau diikutkan hati memang mama taknak tinggalkan abang dengan aliya walau sesaat pun tapi disebabkan tuntutan kewangan dan untuk kelesaan abang dan aliya mama dan papa terpaksa pujuk dan tinggalkan abang dekat bibik dan pergi mencari rezeki untuk kita sekeluarga..... sedih hati mama melihat abang melambai setiap pagi bila mama tinggalkan abang dan aliya dekat rumah. Waktu mama buat entry pun kat office mama masih sedih ingatkan abang dan aliya.
Abang nanti bila abang dah besar mama nak abang jadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat dan sebagai abang kena juga bimbing aliya untuk jadi wanita solehah. Munagkin waktu tu mama dan papa dah kembali ke rahmatullah jadi tanggungjawab kami akan berpindah pada abang.
Mama sayang sangat anak-anak mama. Suatu hari nanti bila abang dah besar mama yakin abang pasti mengerti apa yang mama maksudkan....LOVE U ALL VERY MUCH

No comments:

Post a Comment