Friday, April 22, 2011

SEDIH, SUKA DAN....

Seperti biasa on the way balik dari office mama menelefon insan tersayang. Mama plan nak bawak luqman dan aliya jalan-jalan, makan-makan since esok aku ada class. Sampai je kat rumah luqman dan aliya menari keriangan kerana mama dan papa nak bawa pergi jalan-jalan. Dalam setengah jam papa pun sampai dan tanpa mekengahkan masa kita semua berangkat ke Tesco Setia Alam. Hati gembira melihat aliya dan luqman menikmati suasana permandangan luar rumah. Yerlah asyik terperuk kat rumah pun bosan jugak kan.
Sampai di Tesco abang luqman terus mengambil troli dan aliya memang suka sangat duduk dalam troli. So kita semua pergi makan. Selesai je makan malam abang ajak naik tingkat atas, jadi mama dengan papa pun follow tanpa banyak hal. Memandang perut dah semakin membesar mama agak keletihan nak melayan kerenah abang luqman dan aliya yang asyik berlari berkejaran dalam tesco. Mungkin dengan keletihan waktu di office tadi dan ditambahkan pula mengejar anak-anak, mama terasa keletihan yang amat sangat. Memang pregnant kali ni agak memenatkan memandangkan sakit di pinggang mama semakin terasa dari hari ke hari. Setiap pergerakkan yang hendak dimulakan pastu rasa sakit tak terperi. Mungkin ini dugaan Allah swt untuk mama buat kali ini. Entah kenapa pinggang rasa bagai dikelar setiap kali hendak bergerak.
Disebabkan sakit yang hanya mama yang tahu, mama mengajak papa balik tanpa melengahkan masa. Sambil memandu pulang kerumah mama sebenarnya menangis dalam hati kerana tak nak aliya, luqman dan papa mengetahui yang mama sebenarnya sakit dan penat yang teramat sangat. Sampai je di rumah mama terus mandi dan solat isyak. Sewaktu mengadap Ilahi hati ini merintih kesakitan dan tidak mampu dikawal kerana mama tahu, hanya Allah swt tempat mama mengadu di kala mama mengalami kesakitan ini. Air mata tak dapat dibendung dan melimpah juga akhirnya. Sewaktu mama melihat aliya dan luqman bermain di sekitar tikar sejadah mama menjadi semakin sayu dan kalau lah waktu tu aliya dan luqman tahu akan kesakitan yang mama alami..... Mama berharap sangat Allah swt panjangkan umur mama memandang aliya dan luqman masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu buat masa ini.
Papa yang baru selesai mandi kehairanan kenapa mama sedih dan mama tak mampu nak ceritakan pada papa apa yang mama alami kerana mama tak nak papa risau. Dan kesakitan itu tidak berhenti dimana tengah malam sewaktu semua orang sedang diulit mimpi mama menahan kesakitan amat sangat....
Alhamdulillah bangun saja dari tidur sakit yang mama alami semalam agak berkurangan. Mungkin Allah swt kasihan mama yang tidak lena sepanjang malam. Seperti yang mama beritahu hanya Allah swt kita kena berserah kerana hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya....

No comments:

Post a Comment